Friday, May 16, 2008

4 alasan yang dibenci Allah daripada empat jenis golongan manusia

1. Orang kaya: sekiranya ia berkata kekayaan yang dicari dengan hasil titik peluh sendiri telah menyibukkannya sehingga tidak sempat untuk melaksanakan amal ibadat dan kebajikan, kepada mereka Allah berfirman, kekayaanmu tidaklah setanding dengan kekayaan Nabi Sulaiman tetapi dia sedikit pun tidak lalai dan lupa daripada mengingati aku.
2. Hamba sahaya: sekiranya ia berkata aku adalah seorang hamba dan sentiasa terikat kepada suruhan yang menjadikan aku tidak bebas. Oleh sebab itu aku tidak berpeluang untuk beribadat kepadamu. Firman Allah kepadanya, utusanku yang bernama Nabi Yusuf juga pernah menjadi hamba tetapi tidak pula dia leka daripada mengerjakan ibadahnya terhadapku.
3. Orang miskin: sekiranya dia berkata kemiskinan dan kekurangan yang menyebabkan kami tidak berpeluang untuk beribadat kepadamu, firman Allah kepadanya kemiskinan yang kamu rasai tidaklah semiskin sebagaimana seorang utusan ku iaitu Nabi Isa a.s dan dia tidaklah pula mengabaikan tanggungjawabnya kepada ku.
4. Orang yang sedang menderita sakit: sekiranya dia berkata, penyakit inilah yang menghalang aku daripada sujud terhadapmu firman Allah kepadanya penyakitmu tidaklah seteruk apa yang dialami oleh hambaku yang mulia iaitu Nabi Ayub a.s tetapi lidah dan hatinya sedikit pun tidak berhenti daripada menyebut namaku.

Saturday, May 03, 2008

Jom Join Nisa Hulu Selangor



Jom mendaftar sebagai ahli Nisa Hulu Selangor. Sila download dan print borang di bawah, kemudian isikan dan hantar kepada: ina_niena@yahoo.com> Terima kasih:)

Kursus Keibubapaan @ Kolej Komuniti, Rawang

AlhamduliLLah program berjalan lancar>.. Pak Ungku mmg best!