Thursday, December 09, 2010

Jambori Nisa' Selangor 2010


Assalamualaikum.

Penyertaan dibuka kepada semua adik-adik yang berumur 13-18 tahun (Perempuan sahaja)sekitar Selangor shj.

Jambori Nisa’ Selangor, akan berlangsung pada 17,18, 19 December 2010 bertempat di PULAPES, Banting Selangor.

Penampilan istimewa Imam Muda ASHYRAF akan bersama dalam Jambori dengan slot MOTIVASI- I’m Proud to be a MUSLIM.

Jom!! Yuran hanya RM35 sahaja.

Penuhkan cuti-cuti anda dgn aktiviti yg bermanfaat. Ajak kawan-kawan!! ;)

Berminat hubungi kak shida : 013. 315 0515 )bagi kawasan Serdang) atau hubungi Nisa' Kawasan Selangor.

penyertaan diterima sehingga 15 December 2010. Tempat terhad! menggabungkan dan melibatkan seluruh remaja 13-18tahun seluruh Selangor : target 500orang!

Dilampirkan bersama broshure – borang penyertaan. Isi dan hantar pd Kak Shida dgn SEGERA. Syukran & jumpa di di Jambori Nisa’ Selangor ya!!





------------------------

Tan Sri / Puan Sri /Dato’/ Datin/ Tuan / Puan ,



MEMOHON PENAJAAN BAGI JAMBORI NISA’ SELANGOR 2010 (JNS ’10)



Dengan penuh rasa hormat, perkara di atas dirujuk.



2. Sukacita dimaklumkan bahawa Nisa’ Selangor akan menganjurkan Jambori Nisa’ Selangor 2010. Objektif utama membimbing peserta untuk memahami dan mengamalkan cara serta gaya hidup ISLAM yang hakiki, menyemai sifat kasih dan cintakan ISLAM dikalangan peserta dan memantapkan jati diri remaja agar berakhlak mulia.



3. Butir –butir program Jambori Nisa’ Selangor 2010 adalah seperti berikut :



Tarikh : 17, 18 dan 19 Disember 2010

Hari : Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Tempat : Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor (PULAPES),

Permatang Pasir, 42700 Banting, selangor

Sasaran peserta : 500 orang peserta terdiri daripada remaja dari seluruh selangor.

*kategori A (13-15 tahun) – 250 orang

*kategori B (16-18 tahun) – 250 orang



4. Sehubungan itu, besarlah harapan kami sekiranya pihak Tan Sri / Puan Sri /Dato’/ Datin/ Tuan / Puan , dapat menyertai kami dalam menjayakan program ini. Pihak Tan Sri / Puan Sri /Dato’/ Datin/ Tuan / Puan , boleh bersama-sama menjayakan Jambori Nisa’ Selangor 2010 dengan menaja program ini melalui beberapa pakej yang kami tawarkan. Selain itu, kami juga menerima sumbangan berbentuk :



1. T-shirt untuk peserta seramai 500 orang .

2. Alat tulis, buku nota dan fail.

3. Makanan dan minuman seperti air mineral, roti, biskut dan makanan ringan.

4. Cenderahati seperti keychain, topi, beg, dan lain-lain barangan.

5. Bersama dengan ini, dilampirkan maklumat Pakej Penajaan dan Kertas Kerja Jambori Nisa’ Selangor 2010 untuk rujukan dan perhatian pihak Tan Sri / Puan Sri /Dato’/ Datin/ Tuan / Puan . Sumbangan boleh dibuat atas nama Nisa Educare Centre melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bernombor 1403 20100 40837. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan bendahari JNS ’10 Cik Norazila Rawi (019-239 7781) dan unit dana dan tajaan JNS ’10 Puan Siti Nadzariah Jamalluddin (019-285 2252).



6. Perhatian dan sumbangan daripada pihak Tan Sri / Puan Sri /Dato’/ Datin/ Tuan / Puan , amat kami hargai dan kami dahulukan dengan jutaan terima kasih.



Sekian, terima kasih.





Yang melaksanakan tugas,





......................t.t............................

CIK NUR ASIAH MOHD SAID

Setiausaha

Jambori Nisa’ Selangor 2010

019-6330344

insyirah22@gmail.com

*mohon fwd dan sebarkan dgn luas ya ke dalam pelusuk rongga email dan yG antum.. syukran!