Nisa' Hulu Selangor
Bekalan Di Sepanjang Jalan Dakwah
Thursday, December 09, 2010
Jambori Nisa' Selangor 2010
Assalamualaikum.
Penyertaan dibuka kepada semua adik-adik yang berumur 13-18 tahun (Perempuan sahaja)sekitar Selangor shj.
Jambori Nisa’ Selangor, akan berlangsung pada 17,18, 19 December 2010 bertempat di PULAPES, Banting Selangor.
Penampilan istimewa Imam Muda ASHYRAF akan bersama dalam Jambori dengan slot MOTIVASI- I’m Proud to be a MUSLIM.
Jom!! Yuran hanya RM35 sahaja.
Penuhkan cuti-cuti anda dgn aktiviti yg bermanfaat. Ajak kawan-kawan!! ;)
Berminat hubungi kak shida : 013. 315 0515 )bagi kawasan Serdang) atau hubungi Nisa' Kawasan Selangor.
penyertaan diterima sehingga 15 December 2010. Tempat terhad! menggabungkan dan melibatkan seluruh remaja 13-18tahun seluruh Selangor : target 500orang!
Dilampirkan bersama broshure – borang penyertaan. Isi dan hantar pd Kak Shida dgn SEGERA. Syukran & jumpa di di Jambori Nisa’ Selangor ya!!
------------------------
Tan Sri / Puan Sri /Dato’/ Datin/ Tuan / Puan ,
MEMOHON PENAJAAN BAGI JAMBORI NISA’ SELANGOR 2010 (JNS ’10)
Dengan penuh rasa hormat, perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Nisa’ Selangor akan menganjurkan Jambori Nisa’ Selangor 2010. Objektif utama membimbing peserta untuk memahami dan mengamalkan cara serta gaya hidup ISLAM yang hakiki, menyemai sifat kasih dan cintakan ISLAM dikalangan peserta dan memantapkan jati diri remaja agar berakhlak mulia.
3. Butir –butir program Jambori Nisa’ Selangor 2010 adalah seperti berikut :
Tarikh : 17, 18 dan 19 Disember 2010
Hari : Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Tempat : Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor (PULAPES),
Permatang Pasir, 42700 Banting, selangor
Sasaran peserta : 500 orang peserta terdiri daripada remaja dari seluruh selangor.
*kategori A (13-15 tahun) – 250 orang
*kategori B (16-18 tahun) – 250 orang
4. Sehubungan itu, besarlah harapan kami sekiranya pihak Tan Sri / Puan Sri /Dato’/ Datin/ Tuan / Puan , dapat menyertai kami dalam menjayakan program ini. Pihak Tan Sri / Puan Sri /Dato’/ Datin/ Tuan / Puan , boleh bersama-sama menjayakan Jambori Nisa’ Selangor 2010 dengan menaja program ini melalui beberapa pakej yang kami tawarkan. Selain itu, kami juga menerima sumbangan berbentuk :
1. T-shirt untuk peserta seramai 500 orang .
2. Alat tulis, buku nota dan fail.
3. Makanan dan minuman seperti air mineral, roti, biskut dan makanan ringan.
4. Cenderahati seperti keychain, topi, beg, dan lain-lain barangan.
5. Bersama dengan ini, dilampirkan maklumat Pakej Penajaan dan Kertas Kerja Jambori Nisa’ Selangor 2010 untuk rujukan dan perhatian pihak Tan Sri / Puan Sri /Dato’/ Datin/ Tuan / Puan . Sumbangan boleh dibuat atas nama Nisa Educare Centre melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bernombor 1403 20100 40837. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan bendahari JNS ’10 Cik Norazila Rawi (019-239 7781) dan unit dana dan tajaan JNS ’10 Puan Siti Nadzariah Jamalluddin (019-285 2252).
6. Perhatian dan sumbangan daripada pihak Tan Sri / Puan Sri /Dato’/ Datin/ Tuan / Puan , amat kami hargai dan kami dahulukan dengan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang melaksanakan tugas,
......................t.t............................
CIK NUR ASIAH MOHD SAID
Setiausaha
Jambori Nisa’ Selangor 2010
019-6330344
insyirah22@gmail.com
*mohon fwd dan sebarkan dgn luas ya ke dalam pelusuk rongga email dan yG antum.. syukran!
Friday, November 13, 2009
Kursus Pengurusan Jenazah
Alhamdulillah ala kulli haal..
Promo sikit program masjid as-salam hari ahad ni:
Jemputlah beramai2 terutamanya bg yg duduk di kawasan berhampiran.. sebagai bekalan ilmu pengetahuan. Sekurang2nya jika ada kematian di dalam ahli keluarga kita, kita menjadi salah seorg yg menyinsing lengan. Bukan hanya menjadi pemerhati. Aamiiin, insha-Allah..
Promo sikit program masjid as-salam hari ahad ni:
Wednesday, November 11, 2009
Jambori nisa Selangor
Sila hubungi kami jika berminat;
Assalamualaikum w.b.t.
Segala puji hanya layak bagi Allah, pemilik sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan tercinta, RasululLah s.a.w., kaum keluarga baginda, para sahabat salaf al-soleh, serta mereka yang sentiasa membenarkan al-Quran dan Sunnah Rasul. Moga kita semua ditempatkan di kalangan mereka insyaAllah.
Bersama-sama ini, saya sertakan borang beserta surat kebenaran penjaga untuk program JAMBORI NISA' SELANGOR.
Setiap kawasan diminta untuk menghantar 14 orang peserta, merangkumi 7 orang peserta bagi setiap kategori umur.
Maklumat program & bayaran ada di sebelah atas borang yang dilampirkan.
Moga Allah meredhai usaha kita yang sedikit ini, aminn...
Sekian, terima kasih.
"Penghubung Generasi Muda"
--
Siti Farah Mohamed
Motivator
iu-SMART Enterprise
H/P : 019-956 6938
Assalamualaikum w.b.t.
Segala puji hanya layak bagi Allah, pemilik sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan tercinta, RasululLah s.a.w., kaum keluarga baginda, para sahabat salaf al-soleh, serta mereka yang sentiasa membenarkan al-Quran dan Sunnah Rasul. Moga kita semua ditempatkan di kalangan mereka insyaAllah.
Bersama-sama ini, saya sertakan borang beserta surat kebenaran penjaga untuk program JAMBORI NISA' SELANGOR.
Setiap kawasan diminta untuk menghantar 14 orang peserta, merangkumi 7 orang peserta bagi setiap kategori umur.
Maklumat program & bayaran ada di sebelah atas borang yang dilampirkan.
Moga Allah meredhai usaha kita yang sedikit ini, aminn...
Sekian, terima kasih.
"Penghubung Generasi Muda"
--
Siti Farah Mohamed
Motivator
iu-SMART Enterprise
H/P : 019-956 6938
Friday, August 21, 2009
Pelancaran Tadarus Wanita Dan remaja Perempuan Peringkat Masjid As-Salam
Assalamualaikum wrt.
Minta tolong semua sahabat promokan majlis pelancaran tadarus peringkat wanita dan remaja perempuan masjid as-salam bukit sentosa seperti berikut:
Tarikh: 22 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa: 8.00 pg - 12.00 tghhari
Tempat: Masjid As-salam
Pendaftaran dibuka kepada semua sama ada yg mampu baca al-Quran dgn lancar atau pun tidak (peluang untuk baiki bacaan). Taklimat untuk perjalanan tadarus akan diberi semasa hari pelancaran tersebut
Monday, August 17, 2009
Pelancaran Tadarus Muslimat Peringkat Perdana
Assalamualaikum wrt..
Alhamdulillah aal kulli haal.. pelancaran tadarus peringkat perdana telah pun berjaya di jalankan pada 16 Ogos 2009 yg lalu di masjid as-syarif, meru. Semoga dengan adanya pelancaran tersebut, program tadarus kita berjalan dengan lebih baik, teratur dan selaras pada kali ini.
Bagi yang berminat untuk terlibat dengan tadarus masjid as-salam, bersama2 NISA, dan Muslimat Masjid As-Salam... boleh berikan nama kepada adiemad@gmail.com.
Semoga ramadhan kita kali ini akan lebih mendidik kita untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa.
Monday, June 29, 2009
Feminin Fiest
Assalamualaikum wrt.
Jemput bersama memeriah kan program Feminine Fiest Anjuran masjid As-Salam Bukit Sentosa seperti butiran berikut:-
Tarikh: 4/7/2009
Masa: 8.30 pg - 11.00 mlm
Tempat: Persekitaran Masjid As-Salam, Bukit Sentosa, Rawang.
Berikut adalah lampiran senarai aktiviti:
Tentatif Program
Masa | Pentas Utama | Padang | Pentas B |
8.00 pg – 8.45 pg | Ketibaan orang ramai & para tetamu | ||
8.45 pg | Pengumuman untuk acara senaman | Mewarna (Tadika) + (Sek Ren) | |
9.00 pg – 9.30 pg | Senaman (tai chi) & Persiapan peserta pameran | ||
10.00 pg – 11.00 pg | Hak Anda: Wanita dan Undang-Undang (OSCC dan panel) | Acara sukan rakyat | Kuiz |
11.15pg | Pengumuman Ketibaan VVIP (YB Rodziah Ismail) | ||
11.15 – 11.25 pg | VVIP bersalam dengan orang ramai untuk ke pentas | ||
11.30 – 11.40 pg | Pembukaan majlis dan ucapan aluan pengerusi majlis | ||
11.40 pg – 11.50 pg | Ucapan aluan pengarah program | ||
11.50 – 12.20 tgh | Ucapan Perasmian oleh YB Rodziah | ||
12.30 – 1.00 tgh | Penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal/fakir | ||
1.30 ptg – 2.00 ptg | Rehat & Solat | ||
2.00 ptg – 3.30 ptg | Busana Muslim + Tips Pemakaian Tudung | ||
3.30 ptg -5.00 ptg | Rempit, ragut dan rogol sehingga solat a’sar | ||
5.15 – 6.00 ptg | Penyampaian hadiah (terpulang kpd deejay) | ||
9.00 mlm – 11.00 mlm | Forum Perdana Ehwal Islam dan Majlis Penutup |
SENARAI SUKAN UNTUK HIBURAN HATI
-Puzzle
-senireka kreatif
-makan tembikai
-tarik tali
-permintaan lagu
-tiup belon
-dam ular
-kerusi berirama
-anakku solehah (bapa pakai tudung kpd anak)
Wednesday, June 10, 2009
Perjumpaan Kelab Wardah Jun 2009
Assalamualaikum wrt,
Insha-ALlah kita akan adakan perjumpaan kelab kita pada butiran berikut:
Tarikh: 20 Jun 2009
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Kelab Golf Bukit Beruntung
Pengisian: 1. Nota Untuk Diri: Tajuk 2
2. Perbincangan lagu tema kelab
3. Perlawanan Bowling (Yuran penyertaan dikenakan)
Minta tolong sebarkan kepada yang lain. Tkasih:)
Insha-ALlah kita akan adakan perjumpaan kelab kita pada butiran berikut:
Tarikh: 20 Jun 2009
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Kelab Golf Bukit Beruntung
Pengisian: 1. Nota Untuk Diri: Tajuk 2
2. Perbincangan lagu tema kelab
3. Perlawanan Bowling (Yuran penyertaan dikenakan)
Minta tolong sebarkan kepada yang lain. Tkasih:)
Subscribe to:
Posts (Atom)