Friday, November 13, 2009

Kursus Pengurusan Jenazah

Alhamdulillah ala kulli haal..

Promo sikit program masjid as-salam hari ahad ni:




 


Jemputlah beramai2 terutamanya bg yg duduk di kawasan berhampiran.. sebagai bekalan ilmu pengetahuan. Sekurang2nya jika ada kematian di dalam ahli keluarga kita, kita menjadi salah seorg yg menyinsing lengan. Bukan hanya menjadi pemerhati. Aamiiin, insha-Allah..

Wednesday, November 11, 2009

Jambori nisa Selangor

Sila hubungi kami jika berminat;

Assalamualaikum w.b.t.

Segala puji hanya layak bagi Allah, pemilik sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan tercinta, RasululLah s.a.w., kaum keluarga baginda, para sahabat salaf al-soleh, serta mereka yang sentiasa membenarkan al-Quran dan Sunnah Rasul. Moga kita semua ditempatkan di kalangan mereka insyaAllah.

Bersama-sama ini, saya sertakan borang beserta surat kebenaran penjaga untuk program JAMBORI NISA' SELANGOR.

Setiap kawasan diminta untuk menghantar 14 orang peserta, merangkumi 7 orang peserta bagi setiap kategori umur.

Maklumat program & bayaran ada di sebelah atas borang yang dilampirkan.

Moga Allah meredhai usaha kita yang sedikit ini, aminn...

Sekian, terima kasih.


"Penghubung Generasi Muda"

--
Siti Farah Mohamed
Motivator
iu-SMART Enterprise
H/P : 019-956 6938

Friday, August 21, 2009

Pelancaran Tadarus Wanita Dan remaja Perempuan Peringkat Masjid As-Salam

Assalamualaikum wrt.

Minta tolong semua sahabat promokan majlis pelancaran tadarus peringkat wanita dan remaja perempuan masjid as-salam bukit sentosa seperti berikut:

Tarikh: 22 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa: 8.00 pg - 12.00 tghhari
Tempat: Masjid As-salam

Pendaftaran dibuka kepada semua sama ada yg mampu baca al-Quran dgn lancar atau pun tidak (peluang untuk baiki bacaan). Taklimat untuk perjalanan tadarus akan diberi semasa hari pelancaran tersebut

Monday, August 17, 2009

Pelancaran Tadarus Muslimat Peringkat Perdana

Assalamualaikum wrt..

Alhamdulillah aal kulli haal.. pelancaran tadarus peringkat perdana telah pun berjaya di jalankan pada 16 Ogos 2009 yg lalu di masjid as-syarif, meru. Semoga dengan adanya pelancaran tersebut, program tadarus kita berjalan dengan lebih baik, teratur dan selaras pada kali ini.

Bagi yang berminat untuk terlibat dengan tadarus masjid as-salam, bersama2 NISA, dan Muslimat Masjid As-Salam... boleh berikan nama kepada adiemad@gmail.com.

Semoga ramadhan kita kali ini akan lebih mendidik kita untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa.


Monday, June 29, 2009

Feminin Fiest

Assalamualaikum wrt.

Jemput bersama memeriah kan program Feminine Fiest Anjuran masjid As-Salam Bukit Sentosa seperti butiran berikut:-

Tarikh: 4/7/2009
Masa: 8.30 pg - 11.00 mlm
Tempat: Persekitaran Masjid As-Salam, Bukit Sentosa, Rawang.

Berikut adalah lampiran senarai aktiviti:

Tentatif Program

MasaPentas UtamaPadangPentas B
8.00 pg – 8.45 pgKetibaan orang ramai & para tetamu
8.45 pgPengumuman untuk acara senamanMewarna (Tadika) + (Sek Ren)
9.00 pg – 9.30 pgSenaman (tai chi) & Persiapan peserta pameran
10.00 pg – 11.00 pgHak Anda: Wanita dan Undang-Undang (OSCC dan panel)
Acara sukan rakyat
Kuiz
11.15pgPengumuman Ketibaan VVIP (YB Rodziah Ismail)
11.15 – 11.25 pgVVIP bersalam dengan orang ramai untuk ke pentas
11.30 – 11.40 pgPembukaan majlis dan ucapan aluan pengerusi majlis
11.40 pg – 11.50 pgUcapan aluan pengarah program
11.50 – 12.20 tghUcapan Perasmian oleh YB Rodziah
12.30 – 1.00 tghPenyampaian sumbangan kepada ibu tunggal/fakir
1.30 ptg – 2.00 ptgRehat & Solat
2.00 ptg – 3.30 ptgBusana Muslim + Tips Pemakaian Tudung
3.30 ptg -5.00 ptgRempit, ragut dan rogol sehingga solat a’sar
5.15 – 6.00 ptgPenyampaian hadiah (terpulang kpd deejay)
9.00 mlm – 11.00 mlmForum Perdana Ehwal Islam dan Majlis Penutup

SENARAI SUKAN UNTUK HIBURAN HATI

-Puzzle

-senireka kreatif

-makan tembikai

-tarik tali

-permintaan lagu

-tiup belon

-dam ular

-kerusi berirama

-anakku solehah (bapa pakai tudung kpd anak)

Wednesday, June 10, 2009

Perjumpaan Kelab Wardah Jun 2009

Assalamualaikum wrt,

Insha-ALlah kita akan adakan perjumpaan kelab kita pada butiran berikut:

Tarikh: 20 Jun 2009
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Kelab Golf Bukit Beruntung
Pengisian: 1. Nota Untuk Diri: Tajuk 2
2. Perbincangan lagu tema kelab
3. Perlawanan Bowling (Yuran penyertaan dikenakan)

Minta tolong sebarkan kepada yang lain. Tkasih:)

Monday, May 18, 2009

Perjumpaan Kelab Remaja Wardah (Quranic Group)

Assalamualaikum wrt..

Untuk hebahan.

Perjumpaan Kelab Remaja Wardah (Quranic Group)

Tarikh: 23 Mei 2009
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bukit Beruntung (lokasi spesifik akan diberitahu kemudian)
Aktiviti: Pengisian, Pertunjukan video, dll..

Terbuka kepada remaja perempuan.

Minta tolong sahabat2 sampaikan kepada para remaja perempuan yang
berkenaan, terutamanya anak2 ahli untuk meramaikan dan memeriahkan
lagi kelab remaja tersebut.

Semoga usaha mendapat keberkatan drpd Allah.

TK

Tuesday, February 10, 2009




Untuk hebahan. USRAH REMAJA

TEMPAT :Padang Daisy, Bukit Sentosa
JAM :8PG - 1030PG
TARIKH :14/2/2009 - Sabtu
UMUR :11Tahun hingga 17++ tahun
REMAJA PEREMPUAN SAHAJA

PENYERTAAN : Percuma

ANJURAN : NISA' HULU SELANGOR

Keluarga yang ade anak yang berumur 11-17tahun digalakkan menghatar anak menyertai program ini..... Pendekatan lain daripada yang orang dewasa.... belum cuba belum tahu.!